Testimoni Rabun Mata
Bangun pagi, gelabah bila tak jumpa cermin mata.. Alamak! semalam letak cermin mata kat maner yer?? Kepala sampai naik pening, sebab terlupa tempat letak cermin mata..alahai,,tak pasal-pasal, pagi-pagi dah ada kerja mencari cermin mata lak.. rasa macam letak sebelah bantal semalam, tak kan lah salah letak pulak..ermmm…cari punya cari, raba punya raba.. rupa-rupanya cermin jatuh bawah katil..nasib baik tak terpijak atau terduduk...huuhuuu… Ini adalah antara situasi yang mungkin anda alami, jika anda ada masalah rabun mata. Rabun boleh di kategori dalam pelbagai jenis, antaranya, rabun jauh, rabun dekat, rabun warna dan rabun ayam. Rabun jauh, kebanyakkannya dialami oleh golongan muda, manakala, rabun dekat kebiasaannya dialami oleh golongan warga emas. Manakala, rabun ayam merujuk kepada mereka yang mengalami masalah melihat sesuatu, pada waktu selepas waktu senja. Namun, mereka tidak mengalami sebarang masalah penglihatan pada waktu siang. Begitu juga dengan rabun