KANSER KULIT KEPALA (IPOH)


Puan Nor Azura, Ipoh - Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an menderita akibat penyakit kanser kulit yang telah menggelapkan harapan beliau untuk meneruskan hidup. Kesan kemoterapi yang dijalankan hampir 8 tahun menyebabkan badannya kurus kering, tidak bermaya, muka tidak berseri, sering panas baran dan rambut gugur sehingga botak kepalanya kerana beliau perlu menjalani rawatan dengan tembakan laser di kulit kepala. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Penderitaan beliau akhirnya bertemu dengan satu sinar harapan ketika menghadiri kursus kemahiran Jari Emas, di situ beliau telah diperkenalkan dengan set PCN. Pada peringkat awal beliau tidak mahu mencuba kerana putus harapan tetapi atas nasihat dan dorongan daripada rakan yang telah memperkenalkan set PCN ini kepada beliau, beliau akhirnya mencuba.

Subhanallah, kuasa Allah yang menentukan melalui PCN, suatu peristiwa yang paling bermakna dalam hidup beliau di mana hampir sebulan setelah mencuba PCN, keadaan beliau bertambah baik. Rambut telah mula tumbuh, badannya lebih bertenaga dan wajahnya lebih berseri. Kini, beliau tidak lagi panas baran disebabkan kesan kesakitan yang dialami ketika rawatan tembakan laser di bahagian kepalanya. Transformasi keadaannya, menyebabkan doktor yang merawatnya berasa terkejut kerana mengikut pengalaman doktor yang telah merawatnya hampir 8 tahun, memberitahu dengan tahap kritikal keadaan penyakit kansernya tidak mungkin akan menyebabkan beliau berkeadaan sedemikian.

Kini, beliau berasa gembira dengan keadaan kesihatannya walaupun belum 100% pulih namun sedikit perkembangan positif sudah membawa satu makna kepada kehidupannya dan keluarganya. Beliau kini telah mula keluar menguruskan perniagaan beliau yang selama ini terpaksa ditinggalkan dan diberikan kepada orang lain untuk diuruskan. Alhamdulillah, khasiat melalui PCN ini telah membantu beliau mengurangkan bebanan kesakitan yang ditanggung akibat penyakitnya itu. Kami mendoakan agar beliau bertambah baik. Insyallah.


(klik untuk info)

Comments

Popular posts from this blog

[ LUKA CAESER LAMBAT KERING ??? ]

Masalah Jerawat & Resdung